0 Ratings

เพิ่มไปรายการที่ชอบ

สำนักพิมพ์ :

ผู้แต่ง :

ราคา

ซื้อฉบับนี้ : 179.00 ฿

เกี่ยวกับ

KATA PENGANTAR Alhamdulillah dengan rahmat dan hidayat Allah SWT. dapat saya mempunyai idea menyusun sebuah buku yang dicita-citakan. Buku Klinik Bahasa Melayu Tulisan Rumi dikumpulkan dari pengalaman mengajar penulis selama 3 tahun. Saya yakin buku ini dapat menjadi panduan tahap pertama bagi orang yang berminat dan cinta Bahasa Melayu, selain itu buku ini sesuai dengan guru-guru yang ingin mengajar Bahasa Melayu kepada kanak-kanak dan pelajar-pelajar di sekolah. Seterusnya, saya akan menceritakan teknik-teknik yang digunakan bersama buku ini. Teknik pertama : Ujian sebelum belajar, pengajar bagi pelajar membaca cerita yang ada di STEP 8 pilih hanya 1 halaman sahaja. Jika pelajar membaca salah pengajar tidak usah menegur, berikan masa untuk pelajar membacakan sampai habis. Tujuan ujian ini supaya pengajar dapat mengkaji vokal atau konsonan yang mana pelajar tidak kenal atau tidak dapat menyebut dengan bunyi yang tepat. Teknik kedua : Mengajar STEP 1, satu langkah demi satu langkah, cara mengajar penulis sudah menjelaskan di setiap halaman. STEP 1 adalah dasar bagi Bahasa Melayu Tulisan Rumi yang membuat pelajar dapat membaca dan menulis, oleh itu guru harus menunggu dan memberi masa kepada pelajar untuk mengenal dan mahir dalam menyebut bunyi-bunyi dengan tepat. Apabila tamat STEP 1 guru harus menguji pelajar, iaitu menyuruh pelajar menulis di halaman catatan. Caranya guru cuba membaca suku kata atau kosa kata yang sudah belajar di STEP 1, yang penting guru harus sebut suku kata atau kosa kata dengan bunyi yang jelas dan tepat untuk memudahkan bagi pelajar menulis. Teknik ketiga : Sebelum mengajar STEP 2, guru harus membaca kosa kata yang ada di STEP 6, iaitu bermula dengan kata kerja 100 perkataan. Pelajar akan membaca ikut guru setiap kali sebelum belajar sehingga pelajar dapat tamat STEP 5. Tujuan dalam membaca kosa kata ini supaya melatih lidah dan dapat ingat dengan sendiri tidak usah menghafaz. Selain itu, pelajar cuba memahami ayat dari kata kerja yang ada. Teknik keempat : Setelah beberapa minggu berlepas, pengajar menyuruh pelajar membaca kosa kata bersama erti dalam Bahasa Thai sendiri, kemudian pengajar cuba test kata-kata dengan menyuruh pelajar bagi tahu erti perkataan – perkataan yang pengajar sebut, pada masa yang sama pelajar harus catat jumlah yang dapat dijawabkan dalam jadual kebanggaan. Buat seperti ini setiap kali sebelum mengajar STEP 6 – STEP 8. Jadual kebanggaan diadakan untuk mengetahui jumlah kosa kata yang pelajar ingat, adakah bertambah atau berkurang. Teknik lima : Pengajar memberi pelajar membaca STEP 7 – STEP 8, di sini melatihkan pelajar untuk mahir dalam membaca ayat dan cerita, pada masa yang sama guru cuba bagi pelajar terjemahkan maksud dalam Bahasa Thai atau menceritakan apa yang faham dari ayat atau cerita yang dibaca. Setiap cerita ada beberapa kosa kata bersama erti dalam Bahasa Thai untuk membantu pelajar dalam terjemahan atau membuat kefahaman. Dari teknik pertama sampai teknik terakhir, itu sekadar pengalaman mengajar penulis sahaja, guru-guru atau peminat Bahasa Melayu boleh ubah suai dengan kebolehan pelajar-pelajar. Akhir ini, saya ucap ribuan terima kasih kepada Jurusan Bahasa Melayu, Universiti Fatoni dan pelajar belajar tambahan yang dapat menjayakan Buku Klinik Bahasa Melayu Tulisan Rumi ini. Penulis harap buku ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan siapa saja yang membacanya.

รายละเอียด

วันวางขาย :

จำนวนหน้า : 81 หน้า

ประเภทไฟล์ : PDF

ขนาดไฟล์ : 38.82 MB

ประเทศ : TH

ภาษา : Bahasa Melayu

จากผู้แต่ง

กำลังโหลด ...

จากสำนักพิมพ์ Fah Muhi 1193

กำลังโหลด ...

ให้ 5 คะแนน

ส่งคะแนน

ส่งรีวิว

popup